Friday, January 14, 2011

AiSkErim GorEnG~~

Dulu pernah makan ais kerim goreng nie dipantai batu buruk kat Kuala Terengganu rasanya , selepas tu tercari2 kat KL pulak ada jumpa tapi harganya sembelih leher lak tu.... Dalam hati kata nie hissssssss tak boleh jadi nie kena jugak cuba cari resepinya so buat lee kajian kat internet so jumpa mcm2 version dan byk cara tengok semua leceh ler biasa mesti nak cari resepi yang sempoi ajee bab nak celup mencelup nie "vitamin M" tu begitu kuat sekali .
 So akhirnya buat experminen sendiri ler... lagi sempoiiiiiii tak payah nak celup mencelup pun..
 Ok cara buat aiskerim goreng version sempoiii

aiskerim tak kira lee aper jenis or perisa
roti sandwich -tak kira brand aper janji roti ler
basahkan sedikit roti dengan air biasa supaya lembab
supaya masa menekan dengan acuan roti tak pecah
acuan telur (mcm dlm gambar ya )

1. scop aiskerim letak atas sekeping roti
2. ambil lagi satu roti kosong tangkup atas aiskerim tadi
3. tekankan acuan telur atas kedua2 roti tadi - kuat2 sampai roti putus jadi bulat
4. masukkan dlm plastis dan simpan dlm petiais bahagian atas semalaman or 3 jam
5. panaskan kuali letak minyak mcm nak goreng pisang tu...
6.minyak kena betol2 panas - baru gorengkan roti tadi
7. balik2kan supaya kuning kedua2 belah
8. angkat dan hidangkan bersama2 dengan susu cair kalau suka - kalau tak makan cam tu ok jugak terlupang lee nak makan mcm ya

Note : ais kerim yang digunakan diatas adalah ais kerim potong tau (yang ada kayu kat tengah tu..so buangkan kayunya ajee ) biasa lee nak buat experimen kena guna aiskerim yang murah2 ajee (JANGAN RISAU AISKERIM TU AKAN CARI TAPI KENA GORENG CEPAT NGAN API YANG PANAS2 BETOL ) dan lebihan roti tu jgn membazir lak leh wat pudding roti tau letak cheese ya  .Selamat bersantai dihujung minggu sambil makan aiskerim goreng.. (^.^)v


letak aiskerim atas roti yg dah lembab
tekankan dengan acuan telur kuat2
masuk dlm plastik simpan dlm freezer satu mlm
goreng atas minyak yg betol2 panas
dah goreng


nOtE: wahhh nmpak sedapkn??yummmyyyy mmg sedap..try la erkk..... (^.^)





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...